Wednesday, October 20, 2010

Hari Photography

Assalamualaikum....

dh lama tk singgah kat blog ni. busy skit la sejak akhir2 ni. mgkn sbb dh sem 5. byk sgt assigment. hari2 kena antar. sabar je la. tapi tkpe la. lagi 1 sem je lagi. bertahan je la kn. hehe.. mggu lps dn mggu ni DuNia byk ada aktiviti menangkap gambar atau lebih dikenali photoshoot. mggu lps hari jumaat, DuNia dengan rakan2 dari UiTM pergi menangkap gmbr kat Pantai Bersih, Penang. yang dekat dengan jeti penang tu. dekat sana DuNia banyak la juga belajar tentang Photography ni. sebab ada sorg membe tu expert dlm dunia Photogrpahy ni. DuNia ni kn beginner je. hehe... jadi bnyk la ilmu yg DuNia dapat. la jgk snap beberapa gmbr. cantik la jgk sebab dh sifu ajar. hehe... kitaorg pergi dlm pkul 5 ptg balik dalam pkul 9 mlm. lama la jgk kn. hehe...

semalam pula DuNia ada ikut satu perkhemahan. ala khemah biasa2 je. anjuran kawan2 UiTM ni. kitaorang pergi seramai 21 org dekat pantai kerachut. ni dekat taman negara pulau pinang. byk jgak la aktiviti yg dibuat. tp yg DuNia kagum dengan kawan2 DuNia ni mereka rancang nak pergi camping last minute. hari isnin rancang ari selasa pergi. hehe... mmg tkde perancangan yg rapi la. tetapi alhamdulillah, berjaya la jgk camping kitaorg. kitaorg selamat pergi dan kembali. dekat sna DuNia tgkp gmbr Sunset. Tetapi tk la secantik mana. kali ni sifu tkde. jadi pkai tgkp je la. hehe...

k la, smpai sini dulu la. rakan2 nk tgk gmbr2 yg DuNia tgkp tekan la kat atas tu. yg ada tulis pantai bersih dengan Pantai kerachut tu. hehe... kalau tk cantik minta maaf la. dlam proses belajar lagi la katakan. hehe... salam.

Tuesday, October 12, 2010

EXAM TIME!!!



Diam tak diam dah sampai penghujung sem 5 di uitm ini. sekarang tengah bz nak exam. mggu yang penuh dengan ujian akhir. dalam seminggu ada 6 subjek. pening stdy la jawapnye. tp tkpe la, abs exam ini dh boleh rehat sekejap. final ada 2 subjek je. hehe.. lagi 1 yang penting aku ambil sem ini muet. berbelit la jgk lidah ini nk speaking. start isnin depan ada speaking test. lepas tu 13 november ada exam die. risau ini grammar tk betul. dari kecik sampai besar tk penah confident langsung tentang grammar ni. hehe.. sampai sini dulu la. nk smbung stdy ni. assalamualaikum.



KEPADA RAKAN-RAKAN YANG NAK MENJAWAP FINAL TU,
SEMOGA BERJAYA DAN TENANG MENJAWAP PEPERIKSAAN.

Thursday, September 9, 2010

Selamat menyambut Hari Raya


Diam tk diam ramadhan telah meninggalkan kita....
rasa sekejap je masa yang berlalu....
tidak tahu la berjumpa lagi ke kita dengan ramadhan pada tahun hadapan....
sama2 la kita berdoa ye....
tapi hidup hendaklah diteruskan...
esok merupakan hari kemenangan kepada umat islam.....
kemenangan selepas sebulan kita berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga serta hawa nafsu....
kemenangan menyambut tibanya 1 syawal.....
dengan ini DuNia ingin memohon seribu kemaafan jika ada melakukan kesalahan.....
semoga kita dapat menyambut hari raya kali ini dengan penuh keberkatan...
InsyaAllah....
tgk la gmbr yg DuNia edit.....
sorry la klu tk lawa...
byk keje...
hehe....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.....
Wassalam....

Tuesday, August 24, 2010

Kunci Ke Syurga.....

DuNia dapat video ini dkat facebook....
dgr dn hayati la kata2 imam tersebut....





DuNia dengar buat kali pertama pn dh terpikat dgn kata2 imam tersebut.....
pada setiap kali sembahyang jumaat....
orang yg muda2 duduk di luar msjid bersembang......
yg kecik2 bising di dalam masjid.....
ni perkara yang selalu berlaku.....
sepatutnya khutbah itu wajib didengar...
sebagai syarat sah sembahyang jumaat.......
ini yg membezakan sembahyang jumaat itu dengan sembahyang zohor.....
wallahualam.....
jadi rkan2 DuNia berubah la.....
semoga kita dapat menghayati islam itu dengan lebih mendalam....
insyaAllah.....
hayati la Video tersebut.....
kita akan rasa bertuah sangat menjadi seorang yg beragama islam....

Wednesday, August 18, 2010

Carlist.my My Malaysia Photography Contest

pertandingan photography......
first time nk join ni.....
pertandingan yang bertemakan 'MY MALAYSIA'.....
tema yang amat menarik bagi DuNia.....
bg DuNia negara Malaysia ini adalah negara yang istimewa sekali......
kehidupan yang berbilang bangsa dan agama dalam sesebuah negara bukan senang untuk dikecapi.....
pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dilalui.....
cuba jawap persoalan DuNia ni....
berapa banyak negara yg penduduknya berbilang bangsa dan hidup aman dn harmoni?....
mesti sedikit kn.....
kita sepatutnya bersyukur kerana dapat lahir dalam sebuah negara yg seperti malaysia....
kaya dengan pelbagai benda.....
contohnya, budaya, perayaan, dan pakaian tradisional......
semua ini dikongsi bersama2 oleh rakyat malaysia....
ini sudah membuktikan betapa bertuahnya kita sebagai rakyat kepada negara yang bergelar 'MALAYSIA'.......


psstt.....
kwn2 jom la join skali pertandingan ini.....
mengisi masa terluang.....

carlist.my-Photography Contest

Saturday, August 14, 2010

Sajak untuk IBU

lihat la video ini....
mengigatkan jasa ibu terhadap kita....





jadi igt la wahai rakan2.....
selalu la igt kepada ibu.....
jgn la derhaka terhadapnya....
sesungguhnya satu hari nnt bila ibu sudah tiada......
kita akan merasai kehilangannya......
DuNia di sini memohon seribu kemaafan kepada ibu DuNia....
sesungguhnya di muka bumi ini tiada yg lebih penting bagi DuNia melainkan mu IBU.....

video ini DuNia jumpa di blog http://tanya-ustaz.blogspot.com

Friday, August 13, 2010

Aktiviti Kedua-Ukhuwah Suksis 2010

kem anjuran persatuan kor sukarelawan polis siswa siswi UiTM penang....
bertarikh 6-8 hb ogos.....
bertempat di kem paya pahlawan, Jitra, kedah.......
kem ini dibuat bagi mengeratkan lagi perpaduan diantara para pelatih skuad 2010 yang baru dilantik......
di kem ini DuNia diberi tugas sebagai AJK makanan....
knp AJK makanan.....
ini yang menjadi persoalan kepada DuNia....
mungkin sebab bentuk badan DuNia kot....
huhu......
seramai 68 pelatih telah mengikuti kem ini dan dibantu oleh 40 orang urusetia......
kem ini diberikan sepenuhnnya kepada presiden Mohd Zaki bin Rosli untuk mengatur aktiviti yang dijalankan.......
pada pandangan peribadi DuNia.....
kem ini telah berjaya mencapai matlamatnnya.....
DuNia nampak perubahan kepada para pelatih baru....
dan DuNia nampak urusetia menimba pengalaman yang berharga......
tp masa kem ini dunia nampak pelbagai perubahan pada kawan2 DuNia.....
yang dulunya pendiam jadi aktif.....
yang dulunya tiada keyakinan sekarang dah berkeyakinan.....
yang dulunya pemalu sekarang dh dapat atasinya....
mcm2 lagi la....
tp bgus la smuanya adalah positif......
semasa di sana aktiviti yang paling best bagi DuNia ialah Explorace.....
mcm2 pegalaman leh dapat.......
yg bestnye DuNia diberi tugas menjaga check point.....
kira jadi penjaga check point tu la....
pada mulannya tugas DuNia hanya untuk tgkp gmbr dengan sorg membe DuNia ni......
tp untuk menambahkan keseronokan.....
DuNia telah mengadakan kuiz minda.....
tp bkn DuNia yang pikir tapi kawan DuNia....
si naqib otak geliga....
hehe.....
mcm2 kuiz die ni ada.....
tp DuNia ni tk kejam sangat just bagi mereka 3 soalan jew....
dari tujuh kumpulan 1 kumpulan je yg berjaya jawab....
kira ssh jgk la quiz tu kan.....
hehe.....
tp yg seronoknnya bila dpa tk dapat jawap.....
mereka kena denda....
abiskan satu cawan air berperisa yang dibuat sendiri oleh urusetia(rasa jangan ckap la)......
dan lagi satu 5 biji petai.....
tp yang bestnya smua pelatih baru ni wat relek jew kena denda.....
mgkn sebab dpa nk mng kot....
jd sedap tk sedap bedal je la....
hehe.....
kcian juga kadang2 tengok.....
tapi kerana tugas, DuNia gagahkn juga...
wahaha.....
semasa Explorace tu juga para pelatih telah diberi peluang untuk berkayak, berakit serta menjalani water confidence.....
ini menjadi pegalaman tebaru bagi semua pelatih......
pada malam sebelum kitaorang bertolak balik.....
satu aktiviti telah dijalankan....
iaitu aktiviti yang dipanggil night walk......
setiap pelatih di lepaskan di dalam kawasan hutan sorang demi seorang.....
tapi ada tali rafia la sebagai petunjuk kalau tk sesat larat la....
hehe....
tapi dlam aktiviti ni DuNia kna jadi urusetia jew.....
tk best.....
duduk dalam hutan pastu kena duk senyap jew tggu pelatih sorg2 lalu....
ada la dekat 3 jam kena tggu.....
naik pekak telinga DuNia dengar bunyi nyamuk....
huhu....
tp tkpe la kurang2 dapat pengalaman baru....
hehe......
inilah serba sedikit gambaran kem itu......
kalau nk gambaran yang lebih details nnt bleh lawat blog suksisuitmpulaupinang.....
tp blog itu tk siap lagi la....
dalam proses...
kna tggu sedikit masa lagi....
hehe.....

gambar2 nnt DuNia upload.....

Aktiviti pertama-Kembara Hikmah 2

pada permualaannya DuNia nak ucapkan terima kasih pada sahabat saya farid yang menjemput saya mengikuti aktiviti ini....
terima kasih banyak2 kepada farid...
jasamu ku kenang selamanya.....
aktiviti ini telah dianjurkan oleh majlis perwakilan pelajar UiTM penang.....
telah diikuti seramai 50 orang pelajar....
bermula dari 30 hb julai sehingga 1 ogos.....
bertempat di kg matahari naik, tasek gelugor penang.....
di sana semua pelajar telah diserahkan kepada keluarga angkat.....
tujuan aktiviti ini dijalankan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di sebuah kampung.....
DuNia beruntung kerana DuNia tidak pernah merasai kehidupan di kampung.....
di sana DuNia telah menjadi photographer(tp tk bertauliah la).....
pelbagai kenangan yang mengembirakan telah DuNia dapat sepanjang aktiviti di sana....
kenangan paling manis ialah gambar yang DuNia tgkp telah disiarkan di akhbar kosmo....
gmbar mmg la tk cantik tp dpat kuar paper jadi la....
hehe....
kat sana juga DuNia dapat merasai perasaan seorang yang bergelar abang....
DuNia sebenarnya tiada adik kecil....
yang ada pun kembar DuNia sama umur....
huhu.,...
kiranya DuNia tk merasai la perasaan sebagai seorang abang....
tp kat sana ramai budak-budak......
semuanya mesra....
ni menjadikan DuNia gembira sangat.....
di kampung itu juga DuNia telah merasai kehidupan di sawah....
sejuk, nyaman, dan tenang sungguh di sana....
berbeza sungguh keadaannya di kampung halaman DuNia....
di kg tersebut juga DuNia melihat betapa eratnnya sebuah perhubungan dalam hidup bermasyarakat.....
mereka seperti saudara mara yang rapat....
pada hari terakhir disana...
DuNia telah merasai makan di dalam talam.....
semua makanan telah di sediakan sendiri oleh penduduk kampung dengan cara bergotong royong....
InsyaAllah kalau di beri peluang DuNia akan kembali ke kg tersebut.....'

gmbr2 nnt DuNia upload k......

Thursday, August 12, 2010

Update 13/8

Assalamualaikum.....
lama sungguh rasanya DuNia tk menjenguk di blog ni....
sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti.....
sebelum terlambat DuNia nk ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan.....
semoga puasa pada tahun ini lebih baik dari sebelumnnya....
insyaAllah......
baik la nanti DuNia akan update kan segala aktiviti yang DuNia yg pergi k.....

Tuesday, July 27, 2010

Assalamualaikum.....

lama dh DuNia tk menjenguk kat blog ini......
mgkn sbb terlalu busy ataupun skang dh tkde laptop kot....
ni pun pnjm membe punye laptop...
hehe......
mggu ni DuNia nk pergi ke program anak2 angkat....
anjuran UITM tempat DuNia blajar.....
mgkn bertolak dari ari jumaat smpai ari ahad......
insyaAllah kalau tkde apa2 halangan DuNia pergi la......
Doakn la DuNia ye......
mggu depan famila DuNia nk dtg ke penang.....
convo abg kedua DuNia di USM......
boleh la nnt DuNia pesan kat mak DuNia bawa laptop.....
mggu dpan sng la nk online....
hehe......
tapi tgk la.....
adik DuNia guna laptop.......
jadi peratus DuNia nk dapat rendah la....
hehe.....
redha je la......
mggu dpn jugak DuNia ada aktiviti kelab.....
kena wat kem Ukhuwah.......
ala cm sesi taaruf dgn pelajar2 baru la.....
pelbagai aktiviti telah diatur.....
tp tk thu la.....
kalau jadi ke tak....
ye la kita hanya mampu merancang.....
Tuhan yang menentukan.....
k la....
sampai disini dahulu.....
mggu dpan kalau dpt laptop boleh la DuNia selalu update blog ni.....
kalau tk dapat.....
jwpnye ssh la nk update....
hehe....
k....
Assalamualaikum....

Friday, July 16, 2010

Selamat Sampai di Rumah

hari ini DuNia pulang ke kampung halaman.....
esok nenek DuNia nak wat kenduri.....
jadi sebagai seorang cucu kesayangannya....
DuNia pun kena la balik....
seawal pagi DuNia dah bangun....
kawan ajak pergi ke Mengkuang Dam(tempat orang joging2)....
pergi cadang nak tgkp gmbar matahari terbit....
tapi pergi2 dah pukul 8.15....
matahari dh terbit....
wahaha....
melepas la DuNia dgn kawan nk tgkp gmbr matahari terbit....
tak dapat tgkp gmbr matahari pun tkpe la....
buat lepas geram DuNia dgn kawan tgkp je la apa yg ada kat situ.....
tak la terkilan sangat....
hehe.....
tgah syok2 tgkp gmbr.....
tgk2 jam dah pkul 8.35.....
adoi....
bas pukul 9....
perjalanan pergi steysen bas 45 minit.....
mati cmni kena tinggal bas....
dengan tk pikir apa2 lagi....
DuNia terus naik motor pergi ke steysen bas.....
haha....
dah la motor pinjam bawak pembonceng bawa laju2 plak....
pada tuan punya motor sorry la....
emergency....
hehe....
sampai2 jew kat steyen bas tepat2 jam 9.....
bas pun dh nk bergerak....
haha.....
nsb baik sempat kalau tk melayang duit tiket....
hehe.....
Alhamdulilah la sempat jugak.....
dalam pukul 12.45 selamatlah DuNia sampai di Teluk Intan....
sampai je sana adik DuNia dah menunggu....
tapi die bawa motor.....
tak bawa helmet....
jawabnnye DuNia kena naik bas jugak la balik ke rumah....
tkpe la....
redha je la.....
lepas DuNia bagi semua barang2 kat adik....
DuNia pun berangkat ke masjid daerah sultan idris ii teluk intan untuk menunaikan solat jumaat...
punya la ramai orang....
nasib baik dh bagi barang kat adik....
kalau tk lenyap la semua harta benda DuNia...
hehe.....
Khutbah Jumaat yang dibentangkan ialah dunia menghampiri penghujungnya....
dengan erti lain dunia dah dekat nk kiamat....
DuNia amat tersentuh dengan ustaz yang menyampaikan khutbah....
antara khutbah yang disampaikan....
"dulu gunung-ganang teguh berdiri, sekarang menjadi runtuh. dulu tanah yang rata amat subur, sekarang menjadi gempa bumi. dulu hujan yang turun bagaikan rahmat, sekarang menbanjiri dunia dan mengorbankan nyawa. dulu angin bertiup amat lembut, sekarang membawa angin taufan."......
selain itu khutbah tersebut juga menunjukkan bukti kiamat kian hampir.....
antaranya ialah....
bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki.....
manusia melakukan zina secara terbuka......
berlakunya gempa bumi hampir setiap hari......
ini menunjukkan bukti bumi ini telah menghampiri penghujungnnya.......
dalam hadis nabi.....
bukti kiamat sudah hampir ialah.....
berkurangnya para ilmuan.....
bilangan perempuan 50 nisbah lelaki seorang.....
maksiat berleluasa.....
bencana alam kerap melanda.....
ini antara yang DuNia ingat lah.....
Wallahua'alam...
harap2 kita tak leka dengan kesenangan didunia......
minta kita sentiasa menjaga amal ibadat kita....
dan minta kita semua ditempatkan dengan orang2 yang soleh....
insyaAllah.......
sehabisnya sembahyang jumaat....
DuNia pun naik la bas pulang ke rumah.....
dalam pukul 4.00....
sampai lah DuNia di rumah......
Alhamdulilah....
bersyukur.....
selamat sampai juga......
gembira rasa sebab dapat jumpa ibu dan ayah.....

Wednesday, July 14, 2010

Gembirakan Orang Lain

dalam kehidupan DuNia......
DuNia mengunakan konsep mengembirakan rakan2.....
DuNia ialah orang yang tidak cepat marah......
DuNia sering mengundurkan diri jika sesuatu keadaan memerlukan DuNia membuat begitu.....
tapi bagi DuNia ini adalah jalan yang terbaik.....
kerana sesuatu benda yang kita buat ada hikmahnya....
mungkin pada hari ini DuNia mengalah....
mgkn pada satu hari nnt DuNia dapat balasan yang lebih baik......
lagipun DuNia tidak suka jika kerana sesuatu benda manusia bermasam muka.....
bagi DuNia senyuman manusia adalah sesuatu yang sangat indah......
jadi bagi DuNia alangkah ruginya jika kerana sesuatu perkara senyuman itu hilang......
bak kata orang tua2......
berilah senyuman, kerana dengan senyuman pelbagai penyakit dapat diubati.....
Wallahua'alam...

Tuesday, July 13, 2010

Kehebebatan Surah Al-Ikhlas

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Wallahua'alam...

Sedih dalam Gembira

Ari ni DuNia terkenang masa lalu DuNia......
banyak kenangan manis dan pahit yang DuNia ingat........
tetapi semuanya dah berlalu......
DuNia hanya mampu mengingatinya......
tetapi bila DuNia fikirkan semula mungkin ada hikmah bende terjadi....
skang DuNia lebih gembira....
DuNia dah lebih bersedia menghadapi masa yang akan datang.....
betul kata orang dari kita memikirkan masa lalu....
lebih baik kita dongak kan kepala dan pandang ke hadapan.....
dengan ini kita boleh melupakan perkara yang dah berlaku dan memikirkan apa akan terjadi pada masa hadapan.......
mungkin 1 hari nanti ada yang baik akan menimpa DuNia....
InsyaAllah.......

Kesedihan dan Kegembiraan

kesedihan dan kegembiraan adalah lumrah dalam hidup seorang insan yang bergelar manusia.....
DuNia tidak terkecuali dalam hal ini.....
terdapat pelbagai pegalaman yang DuNia hadapi sebagai seorang insan......
tetapi bagi DuNia semua ini ada pengajaran disebaliknya......
sebagai contoh, setiap kegembiraan tidak selalunya lama.....
kerana apabila tiba pada satu tahap kegembiraan itu akan bertukar menjadi kesedihan.....
ini mengajar DuNia bahawa kita tidak seharusnya sentiasa berasa selesa dengan keadaan kita sekarang......
sebaliknya kita seharusnya sentiasa menilai diri kita atau dengan kata lain bermuhasabah diri.....
ini adalah untuk kita sentiasa berfikir untuk mengelakkan perkara yang kita tidak inginkan berlaku....
tetapi sebagai seorang manusia kita hanya mampu merancang yang menentukan adalah Allah S.W.T......
jadi bagi DuNia apa yang berlaku pada DuNia adalah satu dugaan yang diberi oleh Pencipta kepada hambannya.....
jadi DuNia sentiasa REDHA........

Monday, July 12, 2010

KeIndahan DuNia....

Keindahan dari tempat tinggal DuNia.......
dapat dilihat keindahan ciptaan tuhan yang maha Esa.....
wallahualam.....

Assalamualaikum....

Dunia ciptaan yang Esa....
keindahan yang tiada tandingan......
marilah bersama-sama kita menjaga keindahan ini......

Dunia ialah tempat persinggahan kepada manusia....
disini pelbagai ujian kita akan hadapi.....
suka, duka, sakit, perit, gembira, sayang,
semua ini adalah lumrah hidup di Dunia.....

Semoga Kita Dapat Menghadapi Ujian ini Dengan Redha.......
InsyaAllah.......